Amalan Doa Nisfu Sya’ban - Kelebihan Malam Nisfu Sya’ban itu telah disebutkan di dalam hadis shahih daripada Mu’az bin Jabal radhiallahu ‘anhu,bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang maksudnya :
“Allah memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nishfu Sya’ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.”[ Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban]
Di Malam Nishfu Sya’baan juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.
Berkata Imam asy-Syafi’ie dalam kitabnya al-Umm:
“Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nishfu Sya’baan.”
Malam Nishfu Sya’baan merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Kenyataan ini dapat direnung kepada hadis yang diriwayatkan oleh Mu’az bin Jabal radhiallahu ‘anhu di atas.
Adapun cara menghidupkan Malam Nishfu Sya’baan sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidak berlaku pada zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan zaman para sahabat. Akan tetapi ia berlaku pada zaman tabi’in dari penduduk Syam. Menyebut al-Qasthalani dalam kitabnya al-Mawahib al-Ladunniyah,
Bahwa para tabi’in daripada penduduk Syam seperti Khalid bin Ma’dan dan Makhul, mereka beribadat dengan bersungguh-sungguh pada Malam Nishfu Sya’baan. Maka dengan perbuatan mereka itu, mengikutlah orang ramai pada membesarkan malam tersebut.
Cara menghidupkan Malam Nisfu Sya’ban
Para tabi’in tersebut menghidupkan Malam Nishfu Sya’baan dengan dua cara:
- Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam (qiamullail) untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.
- Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.
Ada pun cara kita sekarang ini menghidupkan Malam Nishfu Sya’baan dengan membaca Al-Quran seperti membaca surah Yaasiin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabi’in itu.
Doa Malam Nisfu Sya’ban
- Setelah shalat Maghrib dibaca surat Yasin sebanyak 3 kali,
- Niat pada kali pertama, supaya panjang umur karena ibadah kepada Allah,
- Niat pada kali kedua, supaya mudah rizki yang halal dan
- Niat pada kali ketiga supaya ditetapkan Iman. Setelah selesai membaca surat Yasin maka dibaca doa dibawah ini:
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم يا ذا المن ولا يمن عليه، يا ذا الجلال والأكلرام يا ذا الطول والإنعام لا إله إلا أنت ظهر اللأجين وجار المستجيرين وأمان الخائفين، اللهم إن كنت كتبتني عندك في أم الكتاب شقياً أو محروماً او مطروداً او مقتراً علي في الرزق، فامح اللهم بفضلك شقاوتي وحرماني وطردي وإقتار رزقي، وأثبتني عندك في أم الكتاب سعيداً مرزوقاً موفقاً للخيرات فأنك قلت وقولك الحق في كتابك المنزل على لسان نبيك المرسل : (( يمحو الله مايشاء ونثبت وعنده أم الكتاب)) إلهي بالتجلي الأعظم في ليلة النصف من شهر شعبان المكرم التي يفرق فيها كل أمر حكيم ويبرم، أن تكشف عنا من البلاء ما نعلم، وما لانعلم وما أنت به أعلم، إنك أنت الأعز الأكرم، وصلى الله على سيدنا محمد النبي الأمي وعلى آله وصحبه وسلم
Artikel diatas Berasal dari berbagai sumber, semoga di malam Nisfu Sya’ban Tahun ini, kita diberikan hidayah dan ketaantan kepada sang Pencifta Kita, Allah Azza Wajallah, Amin.
Demikianlah artikel yang bisa saya share mengenai Amalan Doa Nisfu Sya’ban semoga bermanfaat dan berguna untuk anda semua.
0 comments:
Post a Comment